Tuesday 24 January 2012

Pasang Lampu Putih : JPJ Tak Kompromi


" DUNGUN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Terengganu akan mempertingkatkan pemantauan terhadap pemasangan lampu putih (HID) pada kereta yang setakat ini mengesan 30 kes penggunaan lampu itu.
Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, pihaknya memandang serius penggunaan lampu ini kerana ia tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kenderaan yang menggunakan lampu ini pada kenderaan dan notis akan dikenakan terhadap mereka, jika ingkar notis boleh dikenakan kompaun"

lampu-kereta-salah

Are you kidding me???? Seriously, are you kidding me????????????????
Setakat ini JPJ hanya mengesan 30 kes penggunaan HID. I'm become speechless when i read this fact. Aku rasa, sepanjang perjalanan aku dari Taiping ke Penang setiap hari, aku boleh jumpa lebih dari 30 kes HID. And mostly melibatkan kereta mewah. Aku memang tak percaya dan tak boleh terima kenyataan bila JPJ kata diorang jumpa 30 kes SAHAJA. Tak kan buta warna kut tak boleh nk bezakan warna kuning dengan warna putih. Damm..

Aku memang hangin betul la kalau jumpa dengan kereta pasang lampu putih ni. Memang kena maki cukup-cukup la dengan aku. What a selfish driver!? Dah la pasang HID pastu siap dengan buka lampu tinggi pulak tu, memang "tak cukup diajar" betul orang macam ni. Dah la selfish, tak cukup diajar plk tu, memang tak boleh hidup bermasyarakat orang macam ni.

Mula-mula aku pelik jugak bila jumpa banyak kereta pasang HID, berleluasa sungguh. Rasa-rasa aku, macam JPJ tak luluskan je penggunaan lampu putih ni. Then, bila aku check kat internet dan jumpa fact macam ni, aku rasa macam tak percaya and nak tarik-tarik rambut je sebab geram yang teramat sangat dengan statement yang langsung tak boleh guna pakai ni. Aku pelik macam mana aku boleh jumpa lebih dari 30 kes macam ni tiap-tiap hari, tapi JPJ baru jumpa 30 kes "setakat ni" (aku tak sure berapa lama diorang ambik masa nak dapat 30 kes).

Aku nak mintak tolong sangat-sangat dekat JPJ, tolong la cari staff yang tak buta warna and cari betul-betul kereta macam ni. Penggunaan lampu putih ni sangat la merbahaya kepada pemandu-pemandu lain yang mengikut undang-undang, memang silau la kalau kena suluh dengan diorang. Tolong la JPJ take note on this. Kalau rasa malas pun, JPJ boleh war-war kan kat TV or papan tanda, sapa-sapa yang jumpa kereta pasang lampu putih ni, terus inform JPJ dan bagi no plat diorang. Aku dengan berbesar hati dan bermurah kredit akan hantar tiap-tiap hari message kat JPJ kalau jumpa kereta macam ni.

Bukan niat aku nak kondem sapa-sapa, tapi aku memang tak leh terima penggunaan HID. Memang bahaya dan boleh mengundang kemalangan. Kalau rasa duit banyak sangat pun, jangan la gunakan duit tu untuk menyusahkan orang lain. Orang lain tak kacau hidup hampa, kenapa hampa dengki sangat nak kacau hidup orang. Kita duduk dalam 1 negara, so, bertimbang rasa la sikit.
Fikir-fikirkanlah....



No comments:

Post a Comment